Sulit
3 tahun
Mengndung tp keluar darah
sy berumur 29tahun dan skrg sy pregnant 4minggu,tp skrg sy ada keluar lendir koko gelap tp skrg keluar drh pulak…sy dh pergi klinik scan tp doc ckp sarung ada dan benda ni xberisiko…tp sy tetap risau sbb ank 1st sy xjadi mcm ni pun…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda kerap mengalami keadaan ini, adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.