
Sulit
4 tahun
Menipu Ujian Dass kali kedua
Assalamualaikum. Saya merupakan seorang guru di sekolah kerajaan . Segala nya berubah selepas sy kahwin . Mungkin semasa sy belum kahwin sy boleh handle dengan sarcastic oarang di tempat kerja tapi perkara tu semakin teruk selepas sy berkahwin . sbg contoh sy dipersoalkan mengenai zuriat di hadapn ramai org dan pernah mempersoalkan kejantanan suami sy . saya PJJ dgn suami jadi sy banyak menyendiri dan menangis di dalam bilik waktu malam . setelah sy berusaha utk mendapatkan zuriat, ianya berhasil . Akan tetapi say diuji lagi dengan masalah kesihatan janin dalam kandungan saya iaitu sindrom yang menyebakan anak sy tidak boleh survive . Saya rasa seperti dunia gelap . tetapi sy cuba bangkit dan sy rasa sy kuat dan tabah dan boleh hadapi . saya hanya ikot saranan doktor untuk TOP terminate pregnancy. Saya fikir sy boleh move on . Tapi saya silap saya menghadapi kemurungan selepas proses tersebut . saya tidak lagi mampu tidur malam dan kini sy sudah mulai meracau apabila sy dalam keadaan stress takut atau sedih . Saya juga diberikan ubat fluvomine atau luvox 50 mg tak silap sy utk mengubati depression tetapi tidak juga berkurang sebenarnya dan sy menipu ujian DASS yg sy perlu buat kali kedua supaya sy tidak dikategorikan sbg kemurungan . Suami bawa berubat rawatan islam sbb sy menjerit dan ketawa selang seli . sebenarnya sy sedar tapi sy tak mampu mengawal keadaan diri sy . Persoalannya adakah sy mengalami gangguan jiwa/ mental ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah kawan anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kemurungan.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami keadaan seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan seperti:
- Bipolar disorder
- Delusional disorder
- Kemurungan ataupun depression disorder
- Schizoaffective disorder
- Masalah personaliti
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar psikiatri untuk diperiksa lebih lanjut dan supaya anda mendapat rawatan yang sesuai ataupun anda boleh pergi ke klinik atau kaunselor untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar. Untuk sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang lebih memahami
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan**
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jika kawan anda mempunyai kecenderungan untuk menyakiti diri ataupun membunuh diri, anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.