
Sulit
4 tahun
Mental health problem
Hello dr… Dalam 2,3 minggu kebelakangan ni, my father selalu cakap sorang2 and dia macam takot sesuatu… Dia ckap ada orang xsuka dia, nak aniaya dia dan nak hancurkan rmah tgga dia… Tpi sebenarnya tak pon… Tu macam perasaan dia je… Ada masa dia akn menangis dgn tiba2. Dia pon skrg dh sgt kurang tidur… Dia macam xbole tido sbb takot kan sesuatu… Btw my father berumur 60…so, what should i do doc…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, masalah psikiatri hanya boleh diketahui setelah ayah anda membuat pemeriksaan dan ujian bersama dengan doktor pakar.
Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang ayah anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa ayah anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma pada kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa ayah anda mengalami masalah sedemikian. Ayah anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut.
Kami menasihatkan ayah anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami sarankan ayah anda mencuba beberapa teknik berikut:
- Dapatkan tidur yang cukup
- Luahkan perasaan kepada orang yang ayah anda selesa dan percaya mengenai masalah anda
- Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia dapat membina keyakinan diri secara langsung
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian ayah anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan ayah anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi ayah anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya ayah anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.