Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mental illness -mental depressive disorder

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 22, 2020 5:12 AM

Sulit 15 hari

Saya mempunyai seorang kawan yang mengalami penyakit ini.
Dia tidak menceritakan bagaimana atau punca diagnosed punyakit ini. Apa yang saya tahu, social life dia sangat liar. dia seorang kaki perempuan, mabuk, dan night club. mungkin ini ada kena mengena dengan penyakit yang dialami.

saya ingin bertanya beberapa soalan;-
1)adakah orang yang mempunyai masalah ini boleh berkahwin?
2)jika ya, adakah anak akan mewarisi penyakit ini? dan apakah isteri/suami akan mendapat kesan?
3)sebagai seorang sahabat, apakah yang perlu dilakukan?
4)dia menceritakan kepada saya yang ubat dia adalah ‘weed’
saya tak pasti samaada dia ada mengambil ubat dan jumpa doktor atau tidak.
5)apakah kesan orang yang hisap weed terhadap isteri dan kandungan/anak?

Dr Ramzdhan 15 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah mental tersebut adalah satu diagnosis yang boleh didiagnos oleh seorang doktor pakar psikiatri. Masalah ini ialah masalah dimana pesakit akan menjadi murung, terlalu sedih, berasa bersalah tanpa membuat sebarang kesalahan.

Masalah psikiatri boleh diwarisi. Namun, pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut termasuk faktor persekitaran seperti sahabat, pekerjaan dan ibu bapa.

Rawatan weed tidak digunakan untuk merawat masalah tersebut. Oleh itu, saya sarankan sahabat anda jika benar benar mendapat penyakit tersebut mendapat rawatan yang bersesuaian.

Weed akan memberi pelbagai kesan buruk pada badan termasuk kesuburan, kerana ia mengurangkan bilangan sperma, pergerakan sperma, rupa paras sperma yang tidak elok.

Sebagai sahabat, anda boleh menyarankan sahabat anda menghubungi doktor dan mendapat diagnosis yang sesuai. Hal ini kerana, masalah ini masih boleh dirawat sebelum terlewat.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 22 2020 05:12:26 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Cara tangani panic attack Assalamualaikum mcmne nak tangani panic attack and slps kena panic attack mmg ad kesan ke? sbb saya selalu rasa sakit kepala bdn lemah Baca lagi...
2 hari
Sulit
Rasa Sedih Berpanjangan Saya mula mengalami rasa sedih berpanjangan, putus asa dan juga kecewa. Saya juga mula hilang selera makan. Adakah ini petanda kemurungan? Apa yang perlu saya lakukan? Baca lagi...
33 hari
Sulit
Insomnia sehingga tidak dapat tidur langsung Ibu saya berumur 45, dia ada darah tinggi. Dia senang berasa cemas terhadap sesuatu dan su Baca lagi...
30 hari
Sulit
Sensitif dengan bunyi bising Saya wanita berusia 23 tahun. Sejak kebelakangan ni sya terlalu sensitif dengnnan bunyi bising, orang asyik bercakap. Saya rasa rimas, rasa nak marah bila orang buat bising. Sebelum ni saya okay… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Tahap tekanan dan depresi terhadap bunyi bising kenderaan Salam doktor, akhir2 ni saya rasa stress terutama bila dengar bunyi bising kenderaan. Rumah saya berada berdekatan dengan kawasan industri dan jalan besar. Saya punya stress tu sampai terasa ter… Baca lagi...
3 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi