Sulit
2 tahun
Merancang hamil selepas lengkap vaksin
Saya wanita berumur 31tahun dan telah berkahwin. Saya baru sahaja melengkapi vaksinasi covid-19 semalam. Difahamkan bahawa seseorang yang ingin merancang kehamilan tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin. Persoalan saya, berapa lama kah bagi yang telah mengambil vaksin lengkap 2 dos boleh merancang kehamilan lagi?
2 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkait pertanyaan anda, sejauh ini belum ada penelitian khusus untuk mengevaluasi keamanan melakukan perancangan kehamilan setelah mendapatkan vaksin Covid-19. Walaubagaimanapun, vaksin Covid-19 adalah optimal jika telah mendapat 2 dos. Jika anda sudah lengkapkan 2 dos, anda bolehlah merancang dengan doktor anda supaya nasihat yang teliti boleh diberikan.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini