
Anonymous
5 tahun
Merancang untuk hamil semula
Saya seorang suri rumahtangga,saya sudah berkhawin selama 13tahun…
Skrg sya dah ank seorang berumur 12 tahun,so skrg sy ingin hamil semula,sebelom ni sy ada usaha macam2 utk hamil,turunkan berat badan,mengurut,dan macam2…
Tp masih belom ada tanda untk hamil…
Dan sya nk tanya setiap kli sy period akan ada keluar something berbentuk selaput or kantung putih bulat…bukan darah beku ya,sy sentuh n rasa dgn jari benda tu,…
Mohon penjelasan doctor
Cara sy nk hamil semula, dan masalah period sy yg kerap keluar selaput or kantung putih sebesar ibu jari.
Terima kasih☺️

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Tempoh haid yang berpanjangan, kitaran haid yang terlalu kerap, pendarahan yang banyak atau sedikit, ketiadaan haid untuk tempoh yang lama antara tanda-tanda anda mempunyai masalah haid tidak teratur. Dalam kebanyakan kes, haid tidak teratur dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Namun, terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan haid tidak teratur, termasuklah stress dan kehilangan berat badan yang melampau dan berat badan rendah. Lemak badan adalah penting dalam penghasilan estrogen yang cukup dalam badan.
Senaman yang terlalu berlebihan juga boleh meletakkan tekanan berlebihan pada kelenjar adrenal, tiroid dan kelenjar pituitari. Masalah tiroid boleh menjadi salah satu punca utama masalah haid tidak teratur di mana 15 peratus pesakit amenorrhea (tidak mengalami kedatangan haid) mempunyai gangguan tiroid.
Anda amat dinasihatkan untuk berunding hal ini dengan pakar obstetrik supaya peluang untuk anda mengandung dapat direalisasikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.