
Sulit
3 tahun
Merasa sangat mudah terkejut
Hi, selamat petang. Saya ingin bertanya mengenai keadaan jantung saya. Sejak kebelakangan ini saya merasakan saya amat mudah terkejut untuk perkara2 yg kecil. Contoh seperti apabila rakan saya memandu kenderaan dan tidak sengaja melanggar bongolan jalan raya, tiba2 saya merasakan keadaan saya seperti bermain roller coaster. Jantung saya berdegup sangat laju. Selain itu, kawan sekerja saya berselisih dengan saya pun saya rasa mudah terkejut. Adakah saya mengalami masalah jantung? Dan adakah saya boleh meneruskan permohonan untuk mendapatkan vaksin covid-19 dengan keadaan saya seperti ini? Harap doktor dapat membantu saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda menyatakan kebimbangan anda terhadap kemungkinan mengalami masalah jantung kerana mudah terkejut. Kami akan cuba membantu.
Berdasarkan keterangan anda, gejala jantung berdegup laju yang anda alami biasanya berlaku apabila berlaku sesuatu yang mengejutkan anda. Ini adalah reaksi normal jantung ketika seseorang terkejut.
Mengenai punca anda sering terkejut, terdapat pelbagai kemungkinan perkara ini berlaku, antaranya:
- Perasaan cemas
- Ada pernah trauma dengan sesuatu keadaan
Jantung berdegup laju juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti masalah degupan jantung, masalah tiroid dan kekurangan darah, namun biasanya jika ini adalah sebabnya, jantung berdegup laju tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa dan bukanlah ketika terkejut sahaja.
Mereka yang mengalami masalah jantung juga amat digalakkan untuk mengambil vaksin. Sebaiknya, jika anda ragu-ragu, sila rujuk keadaan anda kepada doktor dan dapatkan nasihat dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.