azlanhilmi84

3 tahun

Mohon doc terangkan ECG saya

Hi doc…mohon jelaskan saya ini stemi atau nstemi? Perlukah saya bypass? Atau boleh sekadar makan ubat?

Tq doc

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keputusan ECG yang anda paparkan di atas, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi iaitu:

  • Terdapat tiada tanda elevasi segmen ST pada mana-mana bahagian bacaan ECG tersebut, bermaksud kemungkinan ia menunjukan anda menghadapi NSTEMI (Non-ST Eleveted Myoacardial Infarction). Namun, penyakit Myocardial Infarction memerlukan siasatan makmal lanjut bagi memastikan diagnosis yang tepat.
  • Walaubagaimanapun, terdapat depresi dalam gelombang S pada bahagian V1-V3 bacaan ECG tersebut menandakan otot jantung yang bengkak. Namun, perkara ini adalah amat subjektif bagi setiap individu pakar yang mempunyai pendapat berlainan terhadap perkara ini dan kemungkinan perkara ini adalah tidak ketara. Ia tidak pasti sama ada ia berkait dengan penyakit Myocardial Infarction yang dikesan oleh doktor anda.
  • Gelombang yang mempunya jarak sekata menunjukkan rentak degupan jantung anda adalah dalam keadaan normal dan sekata.

Untuk makluman anda, penyakit Myocardial Infarction merupakan sejenis penyakit jantung dimana tisu janting telah rosak akibat masalah saluran darah yang dibekalkan untuk otot jantung anda menjadj tersekat dan menyebabkan kekurangan bekalan oksigsen pada tisu-tisu tersebut. Ia boleh dikaitkan dengan penyakit seperti Acute coronary syndrome atau Artheroclerosis, iaitu penghasilan darah beku atau ketulan kolesterol pasal salur darah dan menyebabkan ia tersumbat.

Kami tidak pasti bahawa keperluan anda untuk melakulan pembedahan Coronary Bypass ataupun hanya mengunakan ubat kerana perkara ini hanyalah boleh ditentukan oleh doktor anda yang telah melakukan siasatan yang lengkap. Namun berdasarkan pendapat umum, NSTEMI tidak memerlukan pembedahan bypass kerana kerosakan tisu yang tidak terlalu mendalam ke jantung dan selalunya hanya memerlukan pemakanan ubat.

Kami sarankan anda untuk mengikut cadangan rawatan yang diberikan oleh doktor anda terlebih dahulu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

asian-man-hypertension-heart-260nw-1077768686%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)