Marulmusamusa
3 tahun
Muka bengkak dan badan sejuk
Saya remaja berusia 23 tahun … saya ada dua soalan … kenapa muka dan pipi sebelah kanan sye bengkak ya doktor … dan kepala seperti ada benda bergerak gerak ? Dan kenapa badan sye terkadang rasa sejuk ingin pitam
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala pipi bengkak dan sensasi benda bergrak anda boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Bengkak gusi - akibat luka atau jangkitan kuman
- Alahan dermatitis - pada produk muka
- Sindrom nefrotik - akibat kehilangan terlalu banyak protein dari air kencing
Manakala gejala rasa sejuk dan hendak pitam anda boleh berpunca daripada anemia (kurang sel darah merah) atau gejala awal demam. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































