Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Muka sebelah kanan terasa kebas

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 29, 2020 3:15 PM

Sulit 39 hari

Assalamualaikum … doktor saya berumur 19 tahun , dlm beberapa bulan ni , saya ada rasa

  • Muka sebelah kanan saya terasa kebas
    -Muka tidak jatuh
    -Anggota badan yang lain seperti biasanya cergas dan tiada masalah
    -Kadang-kadang muka sebelah kanan terasa mati rasa
    -Kadang terasa kejang dan sakit sedikit macam dicucuk jarum pada muka tersebut
    Hanya terasa kebas , muka tidak jatuh , muka boleh bergerak sihat seperti biasa
    Apa yg saya perlu lakukan dan elakkan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Hanya dengan maklumat di atas, saya tidak boleh membuat konklusi penyebab masalah anda ini. Ianya berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan saraf atau saraf tidak lagi berfungsi yang mungkin berpunca dari masalah seperti:

  • Multiple sclerosis

  • Trauma/kecederaan

  • Tumor/ketumbuhan

  • Neuropathy

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Saya sarankan, apa yang anda harus lakukan sekarang adalah, berjumpa dengan doktor kerana untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 29 2020 15:15:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Tangan kebas yg berpanjanga. Setiap mî-elakukan kerja lebih ataub Mula2 tgn kanan sekarang dua2 tangan. Tgn kanan lebih seius Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Tangan selalu merasa lebas seleas bersalin Tangan dan jari2 selalu kebas dan tidak dapt merasa… Makin kerap lpas bersalin Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Bengkak dan lebam akibat terhentak Kebas di bahagian bengkak dan lebam. Tak rse sakit apabila disentuh tetspi sakit bila jalan. Adakah ia normal? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kaki rasa kebas selepas bangun tidur waktu pagi Salam dok… Sya nak tahu…kaki saya rasa kebas dan tegang di bahagian betis selepas sya bangun tidur waktu pagi… Apakah penyakit yang sya alami ataupun itu perkara normal? Dan apakah rawatan yang … Baca lagi...
41 hari
Sulit
Lidah berasa kebas dan berdenyut Hai Dr, sy ingin bertanya kenapa lidah saya berasa kebas dan spt selepas makan buah nenas. Dan pada masa yg sama ade berada berdenhyut dan bergerak. Dh sebulan sy rasa tidak selesa dengan lidah … Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi