
Sulit
3 tahun
Mula cepat marah dan gementar
saya mempunyai masalah peribadi yg dipendam setelah sekian lama. saya sering dipancing oleh untuk rasa marah oleh orang terdekat saya.
selama ini saya hanya bersabar, tetapi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini saya mula menunjukkkan rasa tidak marah dan tidak puas hati. hal ini menyebabkan saya mula ada masalah sukar untuk tidur. selain itu, saya juga ada masalah panik dan gementar untuk berjumpa orang baru dan melakukan sesuatu yg baru.adakah kedua dua masalah ini berkaitan. adakah saya memerlukan untuk berjumpa doktor psikiatri untuk kedua -dua masalh ini. saya risau keadaan mental saya yg saya rasakan semakin teruk sekarang.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan di atas, kami memahami anda mengalami masalah gangguan emosi. Anda memaklumankan bahawa anda cepat marah, sukar untuk tidur, panik dan gementar. Kami akan cuba membantu anda.
Kesihatan mental adalah sesuatu perkara yang sering dipandang ringan namun masalah kesihatan mental yang tidak dirawat boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Menurut keterangan anda, kelihatan seperti anda mengalami ganguan emosi. Ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan mental seperti gangguan tekanan, kemurungan, masalah keresahan, atau bipolar mood disorder. Masalah anda juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti masalah tiroid, kecederaan pada kepala serta kesan sampingan sesetengah ubat. Sebaiknya anda berhubung dengan doktor pakar psikiatri ataupun ahli terapi untuk mengetahui punca masalah anda serta rawatannya. Anda boleh bercakap dengan doktor pakar psikiatri kami melalui konsultasi peribadi secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.