
nzfarehah
5 tahun
Multivitamin untuk kanak berumur setahun keats
As salam/selamat sejahtera doktor,
Adakah sesuai untuk diberi vitamin contohnya vitamin c ( scott,etc ) untuk boost imun kanak -kanak yang berusia setahun keatas? Ini adalah disebabkan anak saya mudah terkena jangkitan selesema atau batuk.
Jika sesuai apakah vitamin yang boleh diberikan atau baik untuk kanak-kanak ( brands )?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, biasanya kanak-kanak mendapat nutrient daripada pemakanan seharian mereka. Tubuh mereka yang kecil hanya memerlukan sejumlah kecil nutrient berbanding dewasa. Biasanya bagi kanak-kanak yang mengambil makanan seimbang tidak perlu diberikan supplement tambahan kerana boleh menyebabkan pengambilan yang melebihi keperluan tubuh mereka.
Bagi anak anda yang mudah terkena jangkitan selsema dan batuk, terdapat banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada keadaan ini seperti persekitaran yang kurang bersih, terdedah kepada asap rokok dan sebagainya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma, atau klik pada link ini (DoctorOnCallEpharmacy) untuk berhubung dengan farmasi kami . Terima kasih.