Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Multivitamin untuk kanak kanak

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Ogos 23, 2019 6:25 PM

aiharashid 23 bulan

Ank sy berumur 1tahun 3 bulan. Sejak sembuh dr demam seminggu yg lalu, ank sy sgt kurang selera mkn. Minum susu pn kurang. Sy amat risau dgn keadaan ini. Jadi, bolehkah sy berikn ank sy supplimen multivitamin kpdnya? Apakah multivitamin yg paling sesuai dgn usianya? Adakah multivitamin mempunyai kesan sampingan utk jangka masa pjg?

Dr Sri Viknarajan 23 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda hendak memberikan makanan tambahan (suplemen) multivitamin, anda perlulah memeriksa jenis vitamin yang sesuai dengan umur anak anda. Anda boleh bertanya kepada ahli farmasi anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk memeriksa dengan lebih lanjut. Namun begitu, anda perlu memastikan bahawa anak anda mempunyai selera untuk makan dan minum kerana tiada multivitamin yang dapat menggantikan pemakanan seimbang untuk tumbesaran bayi. Multivitamin boleh memberikan kesan seperti cirit-birit sekiranya diberikan secara berlebihan.

Sekiranya masalah anak anda berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Aug 23 2019 18:25:29 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19