Sulit

2 tahun

Mungkin berkaitan dengan mental tetapi saya sendiri tidak pasti

Saya seorang remaja perempuan berumur 21 tahun. Sebenarnya saya juga tidak pasti dengan masalah kesihatan saya sama ada ianya cuma perkara biasa atau ada masalah berkaitan mental. Apabila saya mula stress berkaitan dengan sesuatu perkara, saya akan mula gelisah. Dan ianya akan berlarutan sehingga melibatkan pelbagai perkara lain. Sebagai contoh, ketika saya mengulang kaji pelajaran dan mula berasa stress, ianya akan berlarutan sehingga merasakan diri saya bodoh, menyusahkan semua orang, saya juga merasakan diri saya ini tidak memberi faedah kepada orang lain. Selain itu, saya juga selalu berfikir adakah semua orang akan bahagia jika saya mati atau tiada di dunia ini. Pada sesetengah masa, apabila saya stress saya tidak boleh berhenti menangis dan akan merasa seperti tidak dapat mengawal diri saya. Saya cuba pujuk diri saya tetapi selalu berakhir dengan saya menyakitkan diri saya kerana saya merasakan apa yg dirancang tidak berlaku seperti yang saya inginkan. Semasa saya menyakitkan diri saya, kadang-kadang rasa sakit itu ada tetapi sakit itu tidak ada. Apa yang pasti, setiap kali saya menyakitkan diri saya, saya selalu berkata kepada diri saya bahawa itu adalah balasan yang sepatutnya saya dapat kerana telah membuat hal terhadap orang lain ataupun telah menyusahkan orang lain. Ada waktu jugak, apabila saya dalam keadaan tersebut, saya mampu membuat perkara-perkara yang tidak disangka tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepada saya. Saya pernah terfikir untuk cuba berjumpa pakar psikiatri atau sebagainya tetapi hati dan fikiran saya selalu berkata bahawa jika saya pergi, saya cuma akan digelakkan oleh doktor-doktor dan tidak mempercayai saya. Jadi saya ingin meminta pendapat daripada doktor-doktor di sini sebelum saya melakukan sesuatu tindakan. Terima kasih.

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:

  • Tekanan (depressi)
  • Keresahan (anxiety)
  • Masalah personaliti
  • kurang rehat/tidur

Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:

  • Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
  • Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
  • Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
  • Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
  • Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
  • Cukupkan rehat dan waktu tidur

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan.

Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda .

mental%20support

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)