Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Muntah dan cirit birit

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 30, 2019 12:56 AM

nanienawfal7 10 bulan

Anak saya berusia 3 tahun… Hari ini sudah 5 hari dia muntah dan cirit birit… Asalnya dia batuk dan demam yg agak teruk… Selepas itu barulah muntah dan cirit birit… Saya sudah pun membawa anak saya ke klinik… Tetapi keadaannya semakin teruk… Dia hilang selera makan… Setiap kali minum, dia akan muntah dan cirit… Doctor memberikan ORS dan ubat tahan muntah… Adakah perlu saya membawa anak saya untuk membuat blood test atau pantau sahaja dahulu untuk beberapa hari lagi? Apakah yang saya perlu buat untuk kembalikan selera makan dia? Terima kasih doktor…

Dr Ramzdhan 10 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan:

  • Demam influenza
  • Keracunan makanan
  • Alahan makanan
  • Gejala awal kencing manis jenis 1

Untuk membantu anak anda, pemakanan dan hidrasi adalah penting bagi mengekalkan tenaga serta jumlah air dalam badan. Sekiranya anak anda tiada selera dan tidak minum air anda perlu membawa anak anda kehospital bagi pemeriksaan tambahan. Sekiranya anak anda boleh makan dan minum air serta ambil ubat, pemantauan rapi adalah memadai dirumah selagi anak anda menunjukkan tanda-tanda surut dari demam dan muntahnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 30 2019 00:56:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Najis tahi anake wrna hijau lumut Dictor,anak saya berusia 4 bulan,adakah normal najis anak saya berwarna hijau lumut.untuk makluman anak sayaminum susuformula Baca lagi...
13 hari
Sulit
Muntah muntah dan berak najis cakr hitam anak saya berusia 1 tahun 2 bulan. 2 hari ni dy muntah2 dan hari ni dia berak cair berwarna hitam. bahaya tak doctor? Baca lagi...
26 hari
Sulit
Menangis tanpa sebab selepas putus susu badan Anak saya umo 2y 2m baru putus susu badan… kalau dia tidur awal, jam 3-4pg dia mesti terjaga n nangis tanpa sebab & xnak dipujuk selama 30min - 1jam… mula2 saya ingat sebab putus susu… tapi dah … Baca lagi...
21 hari
Sulit
Demam 3 hari dan ada biji belakang telinga Anak sy umur setahun demam panas lebih 3 hari. Suhu 38 - 39.1c. Ada cirit birit.Wlupun selepas ambil supp, paracetemol, jerlum dgn air, suhu dia turun sedikit dan kemudian naik semula. Sudah bua… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Bayi sebulan demam & Sembelit Slmt petang doc, sy nak tanya… dlm 2,3 hari ni suhu badan anak saya 36.9 - 37.5 turun naik mcam tu…nafas baby mcam ada kahak… dah titis ubat air garam tpi still mcm tu jgk… baby menyusu mcam bia… Baca lagi...
27 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi