Sulit
4 tahun
Muntah hijau kekuningan
Anak mengalami kemalangan jalan raya, dan kreta ditembusi penghadang jalan. Anak berumur 10 bulan. Didapati tiada luka luaran tapi mengalami demam selepas kemalangan. Selepas doktor membuat ct scan pada anak, didapati anak muntah hijau. Nak tahu kenapa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, muntah hijau pada kanak-kanak boleh jadi adalah petanda awal terdapat sumbatan pada saluran pencernaan bayi. Sumbatan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Duodenal atresia - yaitu masalah pada pembentukan bahagian duodenum
- Malrotasi dengan atau tanpa volvulus - yaitu masalah pembentukan usus
- Juojenoileal atresia - masalah pada pembentukan bahagian juojenum
- Meconium ileus - sumbatan najis
- Necrotizing ileus - apabila terdapat bahagian yang merosak
Memandangkan gejala ini melibatkan bayi, dikhuatiri ia adalah masalah serius, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.