Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Muntah (keracunan makanan)

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 2, 2020 11:26 PM

Sulit 8 bulan

Anak lelaki saya berumur 8tahun 2bulan, berat badan 20kg, muntah-muntah, cerit beret… Tak boleh makan dan minum… Pasti muntah, petang tadi sudah bawa klinik Dr bagi ubat muntah, DIMENHYDRINATE SYRUP 15MG, AXCEL KAOPEC Diarrhoea, UphaLyte Oral Rehydration Salts,. Tetapi anak masih muntah, tidak boleh walaupun hanya bagi ubat tahan muntah tersebut… Saya minta masih at Dr untuk bg cadangan ubat atau makanan untuk hentikan muntah… Sebab klu boleh nak elak ke hospital di di saat covid 19 sekarang ni, nak pegi semula ke klinik tersebut hari ini ahad Tutup.

Dr Ramzdhan 8 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah yang digamkar anda boleh disebabkan oleh keracunan makanan.

Oleh kerana anak anda akan muntah apabila makan ubat tahan muntah dan untuk mengelakkan sebarang komplikasi dehidrasi, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke wad kecemasan agar ubat tahan muntah boleh diberikan secara suntikan agar ianya berkesan. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera di wad kecemasan. Anda tidak perlu risau berkenaan dengan risiko jangkitan COVID-19 di hospital kerana mereka yang mempunyai gejala COVID-19 akan diasingkan di tempat atau bilik khas terlebih dahulu daripada pesakit lain yang memerlukan rawatan kecemasan. Komplikasi dehidrasi sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 02 2020 23:26:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Imunisasi Bayi berumur 2 bulan Bayi saya lahir pada 22/10/2020. Pada temujanji pertama dengan klinik kesihatan, dimaklumkan bahawa tiada suntikan vaksinasi untuk bayi sebulan iaitu suntikan hep b dos kedua kerana vaksin baru … Baca lagi...
20 hari
Sulit
Kulit gatal naik tompok2 merah dan bengkak Ank sya brumur 2thn10bln,naik tmpok-tmpok merah di kaki lalu sakit dan ada yg bngkak2… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Terguna puting botol susu yg digigit tikus Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru2 ni sy tak tahu puting botol susu anak saya tikus sudah gigit. Tapi sy gunakn puting tu sbb tiada puting lain untuk tukar dan waktu tu dah malam. Ada a… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Bayi pramatang tak membuang selama 4hari Hai doktor, bayi saya lahir pramatang 33minggu skrg bayi saya umor 65hari Mase lahir berat 2.05 skrg 3.0 keatas . Masalah bayi saya skrang ialah die tak membuang selama 4 hari full BH , kencing … Baca lagi...
3 hari
Sulit
Najis bayi normal.ke tak? Baby 3 bulan minum susu fm dutch baby taik jadi warna kuning pucat cair berak sehari sekali…pastu tukar susu fm lactogen taik baby jadi warna hijau gelap/hijau lumut cair …adakah normal?? Dan su… Baca lagi...
16 hari