
Anonymous
6 tahun
Muntah Selepas Makan Ubat
Saya lelaki berumur 25 tahun. Saya makan ubat Ranatidine pada pukul 8.00 malam & pada jam 8.30 saya muntah agak teruk. Adakah ianya kesan ubat & perlu berjumpa dengan doktor ataupun perlu tunggu sehingga esok hari?

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Ranitidine merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk merawat sakit perut seperti pedih ulu hati atau gastrik, dan ulser perut. Namun begitu sebagaimana ubat yang lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan. Antaranya ialah:
- sakit kepala
- sembelit
- loya dan muntah
- cirit - birit
Simtom muntah yang anda hadapi mungkin adalah akibat kesan sampingan ubat tersebut. Apabila ini terjadi, ini mungkin menunjukkan bahawa anda tidak sesuai menggunakan ubat ini. Namun, kemungkinan lain yang boleh menjadi penyebab anda muntah perlu dikenalpasti. Saya sarankan anda bercakap dengan doktor bagi menyelesaikan masalah ini. Anda boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara percuma.Harap membantu.
Terima kasih.