
awangayuni7288
4 tahun
Naik benjolan seperti bisul
Saya wanita berumur 31 tahun, sudah berkahwin selama 8 tahun dan masih belum dikurniakan anak. Sejak awal tahun ini, saya kerap mengalami masalah bisul dimana bisul kerap naik dan bersambung pula dengan bisul baru bila yang lama hampir sembuh. Dua bulan terbaru ini, bisul kerap naik di ketiak sebelah kiri. Baru nak sembuh, terus sambung naik bisul yang baru di kawasan sekitarnya serya di tepi payudara kiri menyebabkan rasa sakit di payudara kiri. Saya pernah berjumpa dengan doktor, doktor dah beri antibiotik tapi kejadian yang sama masih berulang dan doktor telah melakukan ujian diabetes tetapi negatif. Saya tidak tahu macam mana lagi. Sekarang ni bisul baru timbul lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan.Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Rawatan yang boleh diambil adalah :
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
- Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.
Bisul juga boleh dicegah dengan :
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
Elakkan dari menekan bisul kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih