edipolipbs
4 tahun
Najis anak usia 3 bulan warna hijau kelabu
Assalamualaikum dan selamat pagi.sejak 5 hari lalu anak saya berusia 3 bulan 18 hari mula minum susu formula sepenuhnya.sejak dari itu,najisnya berwarna hijau kekelabuan dan sedikit bertompok tompok kuning.apakah warna itu normal atau saya perlu bawanya ke hospital?terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau.
Warna najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam kuning
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bagi mendapatkan nasihat tentang keadaan anak anda. Terima kasih.