Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Najis berdarah sangat banyak

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 27, 2021 1:49 AM

Sulit 37 hari

hi doktor, saya perempuan berusia 17 tahun, saya sering membuang air besar disertai dengan darah… ini dah hari ketiga berturut turut sembelit dan berdarah sangat banyak dan sangat sakit… kali terakhir saya membuang air besar sembelit dan sakit meneran disertai dengan darah… selepas sembelit saya cirit birit pula sekaligus… saya risau jika ini masalah serius… sebelum ini masa saya 14 tahun saya pernah pergi ke klinik kerana berak berdarah tetapi jarang… doktor hanya cakap kerana makan pedas dan buasir… tetapi kali ini berlainan sembelit sangat sakit dan berdarah serta sembelit sekaligus… apa masalah saya ya doktor? saya risau… terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 37 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan yang anda alami, seperti:

  • Buasir (hemorrhoid)
  • Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
  • Tahi yang keras
  • Ulser di saluran usus
  • Inflammatory bowel diseases (ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
  • Kanser usus

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.

Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:

  • Pucat
  • Pitam
  • Lemah badan dan lesu
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Sakit perut

Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jan 27 2021 01:49:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Bedah Gastroenterologi tentang najis berdarah secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA