
Anonymous
5 tahun
Najis berdarah selepas 3 hari cirit birit
Hi doktor,
Saya ingin bertanya, anak saya mengalami cirit birit dan muntah sejak 3 hari lalu dan telah dibawa ke klinik dimana kami mendapat ubat ORS n Novomin, tetapi hari ini saya mendapati terdapat darah didalam najis yang dikeluarkan? Bolehkah saya tahu apakah simptom tersebut? Adakah disebabkan radang usus, atau sebaliknya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara sebab-sebab najis berdarah adalah seperti berikut:
Alahan kepada susu lembu(Cow’s milk allergy)
Ada bayi yang alah kepada susu lembu diberikan susu formula.Penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah digalakkan dari lahir sehingga umur 6 bulan dan makanan pelengkap dimulakan semasa umur 6 bulan. Ibu yang menyusukan bayi juga perlu mengelak daripada makanan yang mengandungi protin lembu seperti susu, keju, dadih/yogurt dan daging lembu.Sembelit
Sekiranya seseorang bayi/kanak-kanak itu mengalami masalah sembelit,najis yang keras boleh melukakan bahagian dubur (anal fissure).Ini boleh menyebabkan najis berdarah serta kanak-kanak mengalami kesakitan semasa membuang najis.Jangkitan virus/bacteria(gastroenteritis)
Jangkitan bakteria atau virus atas usus boleh menyebabkan cirit-birit berdarah. Sekiranya ia berlaku dengan banyak dan kerap iaitu setiap satu ke dua jam, ibubapa disyorkan membawa anak berjumpa doktor.Intussusception
Ini adalah situasi di mana sebahagian daripada usus masuk ke dalam bahagian usus yang seterusnya menyebabkan usus tersumbat. Ini adalah satu kecemasan yang perlu dirawat segera. Ia lebih kerap berlaku dalam kanak-kanak yang berumur 5 ke 9 bulan. Apabila ia berlaku,kanak–kanak tersebut akan menangis kesakitan dan meneran semasa membuang najis. Najisnya akan bercampur darah dan lendir dan sering digambarkan sebagai “ *red currant jelly stools”.
Anda diminta rujuk doktor segera jika masalah ini berterusan ataupun anak anda mengalami simptom lain seperti kerap nangis/meragam,tidak mempunyai selera makan dan sakit perut yang teramat.Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih