Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Najis berwarna gelal/hitam

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: April 29, 2020 1:21 PM

Sulit 36 hari

assalamualaikum doktor.saya berumur 35tahun.saya makan ubat pencair darah atas nasihat doktor.saya mengalami najis berwarna gelap/coklat kehitaman.biasanya waktu pagi saya biasa buang air besar,tetapi kebelakangan ni,najis semacam sembelit,dan sedikit.adakah kesan daripada ubat terrsebut?

Dr Ramzdhan 36 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh:

  • Kesan sampingan ubat yang diambil
  • Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo dan sebagainya
  • Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
  • Masalah pendarahan atau luka pada usus atau saluran pencernaan

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 29 2020 13:21:51 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Najis Bewarna Hitam/Ungu Salam Doktor. Saya Berumur 24yo, Mempunyai Penyakit Sifli Belum mengambil Ubat-ubatan, Persoalan saya. Beberapa Hari lalu saya berasa sakit perut yang amat sakit. Kadang 1 minggu 2kali dia sakit… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Seminggu lebih tak berak dan buasir terasa gatal saya sudah mengalami penyakit buasir sudah seminggu lebih dan kini benjolan tersebut sudah kecil namun masih terasa sakit sakit sedikit dan terasa gatal dikawasan benjolan kecil itu. dari mula k… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Berak berdarah selama 1 minggu Saya ingin bertanya untuk pencerahan dari persoalan saya ini, Saya Wan berumur 30 tahun, saya sudah hampir 1 minggu berak berdarah, berat badan saya lebih kurang 110 kg. Tetapi saya macam rasa … Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Perut memulas sakit sekali tp air besar keluar sedikit saja Nenek saya 74tahun, setelah beberapa hari dalam 4 hri tidak membuang air besar, perut dia memulas atau terasa amat sakit untuk mengeluarkan air besar, air besar keluar tapi sedikit saja dlm bent… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Risau najis hitam/coklat Text you copy will automatically show hereText you copy will automatically show hereText you copy will automatically show here Baca lagi...
36 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi