Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Najis bewarna hitam dan keras, tanoa seberang simtom yang pelik

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 12, 2020 9:33 AM

hazimpro.yaccob20 2 bulan

Saya lelaki berumur 20 tahun, tiada rikod penyakit serious, kebelakangan ni saya sering mendapati pembuangan air besar saya bermasalah, saya sering mengambil “bikunis” untuk untuk membuang air besar, dan setelah beberapa hari, saya dapati najis saya bewarna hitam pekat, apakah maksudnya? Saya tidak merasai atau mendapati seberang simtom fizikal.

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:

  • Pendarahan dalam usus.
  • Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
  • Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
  • Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
  • Radang usus
  • Kanser usus

Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Mar 12 2020 09:33:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Sembelit dan berak berdarah Saya lelaki dalam 20an kerap sembelit sehinggakan terdapat pendarahan. Ada juga satu ketika warna najis berwarna hitam and rasa tidak selesa atau kembung perut Baca lagi...
50 hari
Sulit
Masalah Sembelit kanak2 Anak saya kersembelit Dan membuang Lebih kurang Seminggu sekali Baca lagi...
17 hari
Sulit
Cirit birit lebih 2 hari, berak berair dan muntah Salam saya remaja berumur 18 tahun, saya dah 2 hari sakit perut and muntah,pada mulanya saya igtkan angin biasa, akan tetapi cirit birit saya berterusan sehingga saya masuk tandas lebih @0 kali … Baca lagi...
14 hari
hazimpro.yaccob20
Najis bewarna hitam dan keras, tanoa seberang simtom yang pelik Saya lelaki berumur 20 tahun, tiada rikod penyakit serious, kebelakangan ni saya sering mendapati pembuangan air besar saya bermasalah, saya sering mengambil “bikunis” untuk untuk membuang air besar, … Baca lagi...
2 bulan
syafiqanurul0311
Berak Berdarah 2hari berturut-turut Saya wanita 20an.Doktor ad bgitahu saya ad haemorrhoids stage 1.Sebelum ni sye kerap sakit dalam perut, saya pergi klinik saya bagitahu kepada doktor mungkin gastrik, doktor bgi ubat gastrik mlalui su… Baca lagi...
3 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi