talhahmadnoh07
4 tahun
Najis Hijau kekuningan
Saya lelaki dalam lingkungan 20 an, suatu hari saya membuang air dan mendapati najis saya berwarna hijau kekuningan… adakah itu normal jika sekali dua berlaku? atau jika berlarutan apa kesan dan puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak tuan, warna najis berubah mengikut pemakanan seseorang. Jika anda banyak makan sayuran hijau maka najis anda boleh memberikan warna tersebut. Anda tidak perlu risau melainkan jika nada mengalami gejala lain seperti:
- Cirit-birit
- Najis terapung dan sukar di “flush”
- Warna najis pucat
- Najis berdarah
- Najis berwarna hitam seperti tar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.