Sulit
3 tahun
Najis hitam dan berdarah dan sakit perut
hello doktor sya lelaki umur 29 thn…saya nk bila saya g buang air besar…saya susah nak buang n najis ckit je keliar wrne hit…serta berdarah…apa kah punca nye ye
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar dan najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam usus.
- terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Jika anda mengalami simptom berikut, anda hendaklah berjumpa dengan doktor:
- sesak nafas
- pening kepala
- pitam
- kelihatan pucat
Berkenaan dengan simptom lain yang anda alami sejurus dengan najis berwarna hitam, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.