Sulit
3 tahun
Nanah dan bengkak pada lidah
Hi Doc, Ubat apa ya boleh menghilangkan nanah dan bengkak pada lidah saya, saya ada buat tindik pada lidah saya selepas 2 hari ada nanah dan bengkak pada lidah saya ianya sudah 1 minggu lebih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat antibiotik adalah ubat yang sesuai untuk masalah anda. Tetapi untuk mendapatkan ubat dan dos yang tepat anda perlu berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik kesihatan sebelum melakukan rawatan. Kegunaan ubat yang salah boleh menyebabkan kondisi anda lebih teruk.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.