
nursabrina0114
3 tahun
Ni saya dh 3 hari mengalami sakit perut dan perut saya rasa senak saya sudah berak dan berasa lega nnti selepas itu sakit perut tu dtg balik saya tidak muntah dan demam adakah saya perlu berjumpa doctor
ni saya dh 3 hari mengalami sakit perut dan perut saya rasa senak saya sudah berak dan berasa lega nnti selepas itu sakit perut tu dtg balik saya tidak muntah dan demam adakah saya perlu berjumpa doctor
adakah ini normal

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.