Madiha
6 tahun
Normal ke heavy period selepas ambil pil perancang
doktor, saya sekarang tengah ambil pil perancang atas nasihat doktor sebab haid tak teratur. dah habis tempoh 21 hari, sekarang ni hari ke 3 lepas stop ubat tu. normal ke heavy period sampai 2 hari? setiap jam perlu ke toilet.
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Namun demikian, kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang dan kebanyakan wanita yang menggunakan pil perancang tidak mengalami sebarang masalah. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabil. Salah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur, haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan (breakthrough bleeding) dan perdarahan haid yang lebih daripada biasa.
Kondisi ini berlaku kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri. Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor.
Jika kondisi ini berterusan lebih dari 3 bulan dan anda menggunakan pil perancang dengan betul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pil yang lebih sesuai boleh diberikan kepada anda.


























