
Sulit
4 tahun
Novolax tablet 5mg (bisacodyl) dan maroon diarrhea
Assalamualaikum dr… saya wanita berumur 20 tahun. Lebih kurang 6 bulan saya bergantung kepada ubat Novolax tablet 5mg (bisacodyl) kerana sembelit akibat depression. Saya dah cuba minum air dgn banyak dan makan makanan fibre tapi still sembelit. Dua hari lepas saya ada makan ubat mlm tu dan keesokannya saya saya buang air besar. Saya nampak cirit birit saya ada yang berwarna maroon, tapi saya tak rasa sakit pun saat buang air besar. Seingat saya saya tak ada makan makanan yg menyebabkan warna merah. Jadi saya nak tanya dr, adakah ini disebabkan oleh bisacodyl yang saya ambil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan yang boleh berlaku disebabkan bisacodyl adalah:
- Kekejangan perut
- Cirit birit
- Loya
- Pening kepala
- Sakit perut
- Muntah
- Keletihan
Setakat ini, tiada kesan sampingan yang menyebabkan najis bertukar warna disebabkan bisacodyl. Masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan:
- Pendarahan pada kawasan usus separuh atas (Upper GI bleeding)
- Ulser perut
- Kanser perut
- Masalah hati
- Mallory Weiss Tear
- Masalah saluran darah pada kawasan usus
- Penghasilan tiub usus Merckel ( Merckel’s Diverticulum )
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.