
Sulit
3 tahun
Onani, overthinking, takut tempat orang ramai
Saya lelaki 21 tahun. Saya berasa tidak selasa ketika berada di tempat ramai orang. Saya akan berpeluh, cemas, sukar untuk bernafas, muka merah. Saya juga sukar bercakap dengan orang kerana saya gagap sedikit, tidak yakin, serta pelat R. Saya seringkali beronani pada setiap hari sejak umur 12 tahun (hujung) sehingga kini. Adakah mati pucuk tidak mengeluarkan air mani? Apabila sudah pancut sekali kemaluan saya sudah tidak boleh tegang, mengecil dan lembik. Selain itu, tapak tangan dan tapak kaki saya selalu berpeluh tanpa sebab walaupun saya kerapkali membasuhnya. Ibu jari kaki saya terasa seperti dicucuk. Saya tidak bersemangat atau tiada mood untuk buat perkara yang saya gemar. Saya berfikiran negatif, buruk sangka, cemburu dan mudah berasa down. Akibat daripada fikiran negatif, saya overthinking terhadap masa depan saya yang akan menjadi buruk. Apabila banyak fikir, saya jadi lembab seperti lupa apa yang hendak saya cakap dan menjejaskan kerja. Saya kurang rasa simpati/ kasihan terhadap orang lain. Saya mudah terasa. Saya cepat marah dan marah itu lama seperti 6 jam walaupun hal kecil. Saya suka pendam rasa. Selalu sedih. Saya pernah terfikir untuk membunuh diri. Saya juga sukar untuk tidur. Saya juga kerap lupa nama dan rupa orang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Pada masa ini anda mungkin tertekan dan fikiran anda sedang kusut buat masa ini. Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Kami berharap anda tidak melakukan tindakan terburu-buru.
Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan isteri anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.