Sulit
2 tahun
Paru-paru and jantung
Hello doc, sy umur 21 tahun masalah yg sy hadapi ialah bahagian dada sy, sy rasa or bunyi seperti bunyi duduk di belakang kipas meja tetapi tidak kuat hnya rasa di bahagian badan dn kdg2 kepala sy akan pening . Saya cuba google simptom2 ini tetapi tak sy temui and sy baru sahaja selesai kuarintin covid dn oksigen cukup 97-98 dn denyutan nadi 95-100 apa masalah sy ya doc? Perkara ni hmpir seminggu berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bunyi pada bahagian dada boleh disebab oleh masalah pada sistem pernafasan, contohnya asma, keradangan paru-paru, jangkitan, parut paru-paru dan penyakit bronkus-obstruktif lain.
Selain itu, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, loya, muntah, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Anda boleh merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut, serta menjalani sebarang periksaan dan penyelidikan supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 untuk dapatkan bantuan yang sesuai.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini