Sulit
3 tahun
Patah tulang bahagian belakang (atas ankle)
Hi doctor, saya berumur 26 tahun. Bulan 10/2020 saya jalani pembedahan kaki akibat patah dan doctor telah memasukan plate atas ankle, pada 11/2/2021 appoiment terakhir saya dgn doc. Kadang-kadang rasa sakit bila berdiri atau berjalan lama. Beliau ada cadangakan sama ada nak keluarkan atau tidak. Persoalan saya disini berapa lama tempoh recovery selepas kita buang plate tersebut. Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penyembuhan tulang selepas pembedahan seperti status kencing manis, faktor usia, sambungan implan dan kestabilannya, bahagian yang dirawat dan beberapa lagi faktor lain. Secara purata, kadar penyembuhan untuk tulang adalah sekitar 6 hingga 8 minggu.
Masih risau dengan sakit buku lali? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.