
anuaridris03
5 tahun
Patah Tulang Kaki akibat kemalangan
Salam sejahtera Doktor. Saya seorang lelaki yang berumur 45 tahun. Saya patah hancur tulang kaki kiri bawah lutut dari tahun 2015. Akibat kecederaan itu kaki saya dimasukkan plate dan bonegraph. Masaalah saya semenjak dari tahun 2016 ada dua lubang kesan operate yang lalu sentiasa basah sehingga sekarang. Adakah plate atau bonegraph sudah dijangkiti kuman dan perlukah saya buat pembedahan untuk buang plate tersebut.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kemungkinan besar bekas luka operasi anda sedang dijangkiti kuman. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut seperti X-ray atau scan untuk menilai sejauh mana jangkitan tersebut. Pengangkatan plate adalah tergantung kepada keparahan jangkitan luka anda.
Memandangkan lubang tersebut telah basah sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit dan tulang anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.