ffarazara
3 tahun
Payudara ada ketulan dan urat di bahagian payudara terasa ngilu
Sy berumur 38thn.3 Hari lepas urat di payudara terasa ngilu Dan semalam terasa ada ketulan di payudara.tapi di ketiak tiada ketulan.Akan berasa sakit sekiranya dipegang di area ketulan.Apakah yg perlu sy lakukan?
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang teman wanita anda hadapi iaitu ketulan pada buah dada kiri. Untuk makluman pihak anda, masalah ketulan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Tidak semua ketulan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila ketulan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Untuk membezakan samada fibroadenoma atau kanser payudara, pemeriksaan susulan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Saya nasihatkan pihak anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih