Sulit
3 tahun
Payudara mengeluarkan cecair kuning (seperti minyak)
saya wanita berumur 23 tahun belum berkahwin. adakah normal apabila saya menekan payudara saya ianya mengeluarkan cecair kuning seperti minyak. ianya akan meleleh apabila saya menekan payudara saya. disebelah kiri akan keluar banyak dan bagian kanan tidak keluar, kadang-kadang hanya sedikit sahaja di bahagian kanan (terlalu sikit tidak nampak warna hanya rasa rasa basah sahaja). tetapi disebelah kiri kerap dan apabila tekan ianya akan keluar.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman
- Gangguan endokrin
- Mammary duct ectasia
- Kesan pengambilan ubat tertentu
- Iritasi dari pemakain pakaian dalam
- Gangguan kulit yang lain
Walaupun gejala yang dialami mungkin tidak mengganggu anda buat masa ini, anda tetap memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor berkenaan keadaan payudara anda saat ini, sebelum apa apa kesimpulan boleh dibuat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.