Sulit
3 tahun
Payudara sakit di kanan dan kiri
saya wanita berumur 24tahun dan belum berkahwin . saya mengalami “tingling sensation at breast” . sudah sakit beberapa hari . saya period 27/3 - 1/4/21
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit payudara kanan dan kiri. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:
- Jangkitan payudara ( mastitis )
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Perubahan fibrocystic payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Terdapat darah atau nanah keluar daripada puting
- Kawasan payurada bengkak
- Kemerahan di kawasan payudara
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Akan tetapi, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Untuk mengetahui punca masalah, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih