nuradiera92
6 tahun
Payudara sebelah kiri sakit
Saya wanita berumur 27. Saya ada anak berumur 1 tahun. Saya fully bf. Baru2 ni saya terasa payudara sebelah kiri terasa sakit. Adakah itu normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda mungkin sedang mengalami jangkitan pada payudara anda atau dikenali sebagai mastitis. Ini mungkin disebabkan luka pada puting dan kemudiannya terdedah kepada kuman dari mulut anak anda atau persekitaran dan menyebabkan jangkitan ini.
Anda perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan jangkitan ini merebak dan menjadi lebih teruk. Sila kunjungi doktor anda yang terdekat atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.
































