
Anonymous
2 tahun
Pecah Ketuban Di Akhir Kehamilan
hai doc, sy bakal ibu berusia 23 tahun dan hamil 38minggu 2 hari.
soalan sy, di usia hamil 38minggu bolehkah air ketuban pecah ketika bersama suami? ini kerana ketika sy bersama suami tiba-tiba keluar cecair jernih seperti air kencing tetapi tidak berbau. sy keliru dan risau ianya air ketuban. ianya keluar byk seperti air kencing. mohon penjelasan doctor.
terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. *Anda memerlukan pemeriksaan fizikal yang lebih terperinci di hospital/ klinik bersama doktor sakit puan. Pada peringkat 38 minggu, kemungkinan ianya adalah air ketuban adalah sangat tinggi. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Kami perlu mengetahui keadaan semasa anda serta maklumat lain berkaitan latar belakang kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.