mrsj2016
3 tahun
Pedih d bahagian kiri perut
Bulan lepas, sya ada rasa sakit perut d bahagian kiri. Kali kedua pula, sya sakit sangat dbahagian kiri perut, cirit-birit, muntah. Setelah makan ubat yg dberi oleh doc swasta, sya tidak lagi muntah tpi perut saya masih terasa sakit. Harap dapt penjelasan drpda doc. Tksih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan anda mengenai gejala masih kurang mencukupi. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan lagi bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Antara hal yang perlu diketahui lebih spesifik adalah:
- Ubat apa yang telah diberikan?
- Bagaimana riwayat buang air besar dan buang air kecil selama seminggu terakhir?
- Bagaimanakah dengan riwayat haid (sekiranya anda perempuan)
Secara am,rasa sakit perut kiri boleh jadi disebabkan jangkitan kuman, trauma, penyakit saluran darah, penyakit radang, kanser, penyakit metabolik. Sekiranya anda mengalami gejala yang bertambah berat, sebaiknya segera mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih






























