
Sulit
4 tahun
Peluang untuk hamil setelah haid
Adakah besar peluang untuk hamil sekiranya bersetubuh seminggu sebelum haid…untuk kitaran haid Yang teratur

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, untuk wanita yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari, kebiasaannya hari subur untuk wanita jatuh pada hari ke 12, 13 atau 14. Waktu subur juga merujuk kepada fasa sebelum seseorang itu datang haid. Haid berlaku jika telur tidak disenyawakan namun jika disenyawakan, maka wanira tersebut tidak mengalami haid.
Selain daripada melakukan seks pada waktu subur, antara faktor lain untuk hamil ialah jumlah sperma yang mencukupi oleh lelaki serta kebolehan wanita tersebut untuk hamil (tidak mandul).
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.