Anonymous
4 tahun
Pemakanan asid folic
Hai sy wanita berumur 29 tahun dan bru 7 bln berkhawin…saya nak tnya pengambilan asid folic kalau x mengandung akn memberikan kesan ke? Adakah pengambilan asid folic sblm mngandung selamat atau tidak…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan asid folik sebelum dan semasa mengandung tidaklah wajib namun ianya amat disarankan bagi megelakkan penyakit “Neural-Tube defect” iaitu kecacatan pada tulang belakang janin. Ia juga mengurangkan risiko untuk keguguran dan juga anemia untuk si ibu. Asid folik dengan dos yang dicadangkan adalah selamat untuk si ibu dan juga kandungan. Ia boleh didapati dalam bentuk suplemen. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentangasid folik, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan. Sekian.