
Anonymous
5 tahun
Pemakanan cepat hamil
Hai doktor . Sy iera 25 tahun dah berkahwin setahun . sy nak mintakk doktor bagitahu pemakanan nak cepat hamil . Boleh doktor bagitahu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tiada makanan yang boleh mempercepatkan kehamilan dan sebaliknya. Namun begitu pemakanan yang seimbang adalah amat diperlukan sebelum kehamilan, agar tubuh anda dapat memberikan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran bayi dalam kandungan anda kelak.
Antara nutrisi yang harus diambil adalah folik asid kerana ia penting untuk pertumbuhan otak bayi serta mengelakkan daripada risiko spina bifida. Selain itu, anda juga digalakkan mengambil banyak protein seperti kekacang, ikan, daging dan tenusu serta sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam untuk mengelakkan risiko diabetes dan hipertensi ketika kehamilan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang kehamilan atau masalah kesihatan lain. Terima kasih.