Sulit
2 tahun
Pembedahan Pintasan Jantung CABG
Saya berumur 49 tahun dan baru lepas melakukan pembedahan pintasan jantung CABG pada 10 Oktober 2021 yang lalu. Terdapat beberapa ubat yang perlu saya makan termasuk ubat cair darah. Adakah selamat utk saya mendapatkan booster ketiga vaksin covid19 sekarang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang minum ubat-ubatan seperti ubat cair darah. Menurut doktor pakar diseluruh dunia, kebaikan dan manfaat vaksin adalah lebih baik berbanding dengan komplikasi yang bakal terjadi sekiranya individu dijangkiti COVID-19 kerana virus ini akan membawa kemudaratan yang lebih buruk kepada individu yang mempunyai penyakit kronik. Justeru pencegahan melalui vaksin adalah digalakkan. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Namun, sebelum mengambil vaksin, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini