
Sulit
5 tahun
Pemeriksaan kesihatan pulang dari Australia
Anak saya akan kembali ke Malaysia dari Australia. Seperti yang telah di umumkan oleh PM, sesiapa yang balik dari luar negara perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan self quarantine 14 hari. Soalan saya, adakah saranan ini termasuk negara Australia ( bukan negara berwabak teruk). Di mana saya boleh dapatkan pemeriksaan kesihatan itu?

5 tahun
Salam sejahtera
Untuk pengetahuan anda, ‘self-quarantin’ digalakkan bagi semua orang yang baru balik dari mana-mana negara luar.
Sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anda digalakkan untuk membuat ujian saringan di mana-mana hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Namun sekiranya tiada kontak rapat, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini