
Sulit
3 tahun
Pemeriksaan kesihatan sblm ambil vaksin covid 19
Pada pandangan doktor, perlukah kita membuat full medical checkup bg memastikan seseorang itu bebas dr sebarang penyakit kronik sblm mengambil vaksin covid 19. Hal ini adalah bg mengelakkn kesan sampingan slps menerima vaksin tersebut. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan yang lazim berlaku setelah vaksinasi COVID-19 adalah ringan, dan ia menunjukkan bahawa tubuh badan penerima vaksin bertindak balas terhadap vaksin. Sekaligus ia menandakan vaksin yang diterima berfungsi dengan baik untuk membentuk antibodi.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami setelah seseorang menerima vaksin COVID-19:
- Lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Reaksi alahan:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Kesan sampingan ini mungkin dialami atau mungkin tidak akan dialami oleh anda setelah menerima vaksin tersebut. Selepas mendapat suntikan, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk kesan sampingan. Terdapat pegawai kesihatan di pusat vaksinasi untuk memantau dan memberi bantuan sekiranya terdapat kesan sampingan yang serius seperti reaksi alergi/alahan. Anda juga tidak diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sebelum penerimaan vaksin kecuali jika anda mungkin mengalami beberapa jenis alahan, sila laporkan kepada pegawai kesihatan yang bertugas di pusat vaksinasi.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, anda digalakkan untuk mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan ataupun kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau JKJAV. Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
info@vaksincovid.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor. untuk mendapatmaklumat lanjut tentang vaksin. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini