
Sulit
3 tahun
Penat yang sangat terlampai
Hye doctor
Saya remaja prmpuan berumur 17 thun,
Saya perasan sya telah mngalami penat yang sngat sangat trlmapau sejak bulan lepas.
Sy student,bljar guna medium online,
Tapi tak pernah focus on class
Hari² selalu penat dan makin parah dan ketara penat nya skarang,sehinggakan nak buka mata pon tak boleh,tangan tidak bermaya,badan lngsung tidak bermaya,nak pegang phone pon boleh terjatuh, seolah-olah sy bru mengangkat benda yg sngat berat,saya hanya mahu tidur sepanjang hari tanpa diganggu,malam saya ada several problems utk tidur,kadang tidur lengkap 7 8 jam sehari,kadang tdur pukul 12 / 1 pgi
Sering berasa susah utk bernafas,sesak nafas, tercungap-cungap, pendek nafas,badan berasa panas,pagi petang malam mmg panas,tak demam,cuma terasa panasnya,nak² di kaki
Pagi ² kadang bermotivasi nak buat kerjadan belajar…tetapi turned out to be very bad…
Adakah ia bahaya…?
Saya tak pernah menerima rawatan atau telan mana ² ubat,tak pernah pergi jumpa doctor,last sy pergi pon masa baby
Kalau petang, tertidur petang tu,mmg nak bangun tu tk boleh kadang,sampai dlm otak ni Bunyi berdesing jer…Kaki panas badan panas…
Thank you doc

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami kepenatan yang terlampau sejak sebulan lepas dan kami akan cuba membantu.
Terdapat beberapa punca anda mengalami kepenatan yang terlampau.
Tekanan yang terlampau
Kemurungan
Sindrom kegelisahan
Masalah perubatan
Terdapat pelbagai punca seseorang mengalami masalah sebegini.Seseorang pakar psikiatri adalah orang yang terbaik untuk menilai anda.Pakar psikiatri akan mengecualikan masalah perubatan sebelum mengambil kira masalah psikiatri
Anda disarankan untuk mengambil nasihat mereka untuk mengurangkan kebimbangan anda.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri