ain.norashikin
4 tahun
Pendarah cokelat gelap ketika hamil
Assalamualaikum Dan salam sejahtera doc. Saya pregnant 6 weeks. Dah seminggu saya mengalami pendarahan berwarna cokelat gelap, kuantitinya tidak Banyak, sedikit sahaja, tapi dia akan datang setiap hari. Saya telah KE hospital menanyakan Hal tersebut, tetapi doc mengatakan itu perkara biasa. Pada pendapat doc, adalah ini normal? Untuk pengetahuan doc, sy tidak mengalami kram perut atau sakit lain. Tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lendiran warna coklat ini boleh dianggap darah yang lama melendir daripada badan wanita selepas kehamilan ini berlaku. Ia boleh dianggap sebagai fenomena yang normal. Namun, sekiranya ia merupakan warna coklat gelap, ianya boleh dianggap sebagai pendarahan dan pendarahan semasa kehamilan adalah tidak normal, ianya berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan ataupun keguguran.
Oleh itu, jika anda mempunyai gejala yang lain seperti sakit perut, demam dan sebagainya, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.