
Sulit
4 tahun
Pendarahan dan keguguran
Last priod 20.9.20.
28.10.20 saya cek sndri positif…
1.11.20 cek klinik positif…
Skrg saya keguguran… Scan bawah masih ada lagi kantung dan xde bunyi jantung… Mcam mna tu ye. Saya x faham
28.12.20 ni dktr akn scan lagi… Jika xde jantung lgi…saya akn masuk wad dan cuci

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Ini hanyalah penerangan kami secara am. Berdasarkan apa yang kami faham di ruangan soalan, doktor telah mengimbas rahim anda dan mendapati terdapat kantung persenyawaan ataupun dikenali sebagai product of conception namun tidak menemui sebarang denyutan jantung di dalam kantung tersebut. Imbasan ultrasound memerlukan teknik dan cara yang betul dan bergantung kepada penggunanya juga.
Doktor akan mengimbas sekali lagi pada hari yang akan datang untuk memberikan kesimpulan dan diagnosis kepada anda dan akan meneruskan pelan rawatan bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami, terima kasih.