
Sulit
5 tahun
Pendarahan diawal kehamilan
selamat sejahtera doc. saya berumur 24tahun. saya pregnant 6minggu anak kedua… dari kandungan 4minggu saya mengalami pendarahan yang berupa darah coklat pekat atau seperti koko yang sedikit… setiap hari akan keluar darah koko yang sedikit tetapi tidak mengalamani sakit perut sehingga kandungan kini 6minggu… saya telah cuba scan di klinik semasa kandungan 4minggu dan kantung belum kelihatan , dinding rahim pula tebal… soalan saya… bahayakah pendarahan berwarna coklat koko yang sedikit tetapi ada setiap hari? dan apa puncanya pendarahan berupa coklat koko yang keluar setiap hari? untuk makluman, setiap hari saya akan buat upt test dan positif… soalan kedua… dinding rahim tebal itu tandanya apa? terima kasih doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, spotting adalah perkara normal yang berlaku pada awal implantasi. Namun, jika pendarahan yang banyak serta berketul berlaku, demam, sakit pada rahim, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagi dinding rahim yang tebal, apabila hamil, dinding rahim akan menebal bagi memberi kebolehan untuk janin menampal pada dinding rahim. Walaubagaimanpun, terdapat punca lain kepada rahim tebal seperti:
- hiperplasia pada endometrium
- obesity
- fibroid
- adenomyosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.